Hendaknya kita
selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari.
Ketujuh sunnah Nabi
Shallahu'alaihi wassalam itu adalah:
Pertama:
Tahajjud,kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.
Kedua: Membaca
Al-Qur'an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia,
sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.
Ketiga: Jangan
tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh.Sebelum melangkah kemana pun
langkahkan kaki ke masjid,kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan
kerana panggilan muadzin tetapi panggilan ALLAH yang mencari orang beriman
untuk memakmurkan masjid ALLAH.
Keempat: Jaga solat
dhuha,kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.
Kelima: Jaga sedekah
setiap hari.ALLAH menyukai orang yang suka bersedekah dan malaikat selalu
mendo'akan kepada orang yang bersedekah setiap hari.
Keenam: Jaga wudhu
terus menerus kerana ALLAH menyayangi hamba yang berwudhu.khalifah Ali bin Abu
Thalib,"Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu sholat
walau ia sedang tidak solat dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa
dan sayangi dia ya ALLAH".
Ketujuh: Amalkan
istighfar setiap saat.Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita
akan dijauhkan oleh ALLAH.
Zikir adalah bukti
syukur kita kepada ALLAH.Bila kita kurang bersyukur,maka kita kurang berzikir
pula,oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam
melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga
merupakan makanan rohani yang paling bergizi,dan dengan zikir berbagai
kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang
berpangkal pada materialisme dan hedonisme.